Friday 28 October 2011

7 Keajaiban Dunia - 2011

Sebenarnya ada 21 benda ajaib di dunia, dan hanya 7 benda sahaja yang telah dipilih. Aku dah simpan cita-cita a.k.a berangan-angan untuk menjejakkan kaki kesana. Tak dapat semua, satu pun dah memadai!. Kelassss gitu!!

1) Chichen Itza, Mexico

Merupakan peninggalan arkeologi suku kaum maya di Mexico yang terkenal dan masih berdiri teguh hingga kini. Juga merupakan pusat ekonomi politik pada tamadun maya.  

2) Christ Redeemer, Brazil

Redeemer yang setinggi 38 meter(105kaki) di puncak pergunungan Cordova yang berketinggian 710 meter dan menghadap ke kota Rio De Janeiro.

3) Colosseum, Itali
File:Colosseum in Rome, Italy - April 2007.jpg

Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72,[1] dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.[2] Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden

4) Tembok Besar China ( Great Wall Of China)
File:Great Wall of China July 2006.JPG

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

5) Machu Picchu, Peru
File:80 - Machu Picchu - Juin 2009 - edit.2.jpg

Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangunkan pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inka. Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat duniaantarabangsa, tetapi tidak oleh masyarakat tempatannya. Tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahliarkeologi dari Universiti Yaleyang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911. Sejak itu, Machu Picchu menjadi bahanpelancongan berasaskan sejarah yang menarik bagi para pelancong tempatan mahupun asing.

6) Petra, Jordan
File:Petra Jordan BW 36.JPG

Kota ini berada di gurun pasir Jordan, di bangunkan pada masa raja Aretas IV. Kota ini terkenal kerana strukturnya yang terbentuk dari lembah batu yang di pahat. Awalnya kota ini di bangun untuk persembahan bagi Obodas I dan berkembang menjadi tempat perdagangan. Di tempat ini juga terdapat teater terbuka yang dapat menampung 4.000 orang.

7) Taj Mahal, India
File:Taj Mahal in March 2004.jpg

“Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.”

2 comments:

  1. mcm blajar archi da pulak akk ni.. fufufu.. :P

    ReplyDelete
  2. Haha.. cita-cita yang tak tercapai. Adik tolong sambung cita-cita akak ek... Study smart key!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...