Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Sup Tomato


Kali nie aku nak cuba pula buat sup tomato untuk Irdina. Hari tu aku dah buatkan sup cendawan. Hemmm suka betul Irdina. Harap kali ini dia suka jugak! Resepi dibawah nie aku akan alter tambah kentang sebab Irdina suka sangat makanan yang ada kentang. Lagi pun boleh pekatkan sikit sup tomato itu sendiri.

Roasted Tomato Soup


Bahan-Bahan
200gm tomato segar
50gm daun basil
30ml minyak zaitun
50gm bawang merah yang dicincang
50gm bawang putih yang dicincang
50gm stok ayam
sedikit perasa



Cara Penyediaan
  1. Rebus tomato dengan air panas sehingga lembut, kemudian dicincang sehingga menjadi halus.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun basil.
  3. Masukkan tomtao yang telah dicincang tadi dan tumis selama 5 minit.
  4. Kisar bahan yang telah ditumis tadi sehingga menjadi halus.
  5. Tambah stok ayam dan masukkan perasa.
Info Kesihatan
Cara terbaik untuk menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato kerana ia dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut.  Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan juga mengawal tekanan darah supaya stabil.

Thursday, 10 November 2011

Mother's Pain


Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Ada benarnya fakta ini. Aku dah rasa apa yang mak aku rasa!. Sakit sehingga hilang kata-kata. Bagi mereka yang tidak dapat merasai 'nikmat' allah ini, bayangkan sejenak 'nikmat' itu. Tiada apa yang mak kita mahukan, hanya sekadar menghargai pengobanan dia untuk melahirkan kita ke dunia!.

Kasihi dia. Hormati dia. Selagi dia masih ada. 
Sedekah Al-Fatihah setiap kali mengingatinya. Tidak kira masih ada @ telah pergi selamanya.

Wednesday, 9 November 2011

Tuesday, 25 October 2011

Spa Ikan Bahaya!



Pagi tadi masa aku tengah drive ke office, ada berita tentang spa ikan. Dikatakan bahawa spa ikan (Fish Spa) merbahaya dan boleh menyebabkan penyakit Aids/Hiv atau Hepatitis B. Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Jangkitan tersebut boleh tersebar akibat dari virus atau bakteria yang dipindahkan oleh ikan-ikan dari satu pengguna ke pengguna lain jika airnya tidak diganti.

Jika ada pengguna yang mempunyai jangkitan HIV atau hepatitis, dan mengalami perdarahan di dalam air, risiko untuk jangkitan HIV dan Hepatitis ke pengguna lain adalah tinggi.



Nasib baik aku jenis geli tengok ikan banyak-banyak. Pulak tu berkerumun pakat gigit kaki aku. Uihh geli geleman aku! Ada hikmahnya aku geli, kalau tidak sure aku susah hati. 

Pokok Beracun



Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Wednesday, 28 September 2011

Ovari Polisistik (PCOS)


Aku pengidap PCOS!
Memang benar wanita yang mengalami PCOS sukar untuk hamil

Aku sudah putus asa pada awalnya
Namun, hubby aku beri support dan temankan aku

DIET
JOGGING

Alhadulillah, DIA telah bagi aku rezeki terHEBAT untuk aku & hubby.

♥DHIYA IRDINA♥

Mungkin artikel ini dapat membantu kawan-kawan semua
Tak salah kita mencuba
Ditambah juga dengan tawakal kepada NYA


Metro - Ahad, 25 September 2011

RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
 Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
 Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan
 Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Mengenai PCOS
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Masalah jerawat.
  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.
  • Sukar hamil


Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu : 
  • Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
  • Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.
  • In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.

Friday, 9 September 2011

Minum Air Sambil Perut Kosong


Sekarang ini amat popular di Jepun untuk minum air kosong setelah bangun dari tidur setiap pagi. Kajian saintifik juga telah berjaya membuktikannya. Dibawah adalah kaedah untuk diamalkan pagi pembaca sekalian.


Untuk penyakit lama dan serius juga penyakit – penyakit moden, rawatan air ini didapati berjaya oleh Pertubuhan Perubatan Jepun sebagai 100% penyembuh kepada penyakit – penyakit berikut:


Sakit kepalaGatal – gatal badan, Sistem jantung, Arthritis, Degupan jantung laju, Epilepsy (unprovoked seizures), Lemak berlebihan, Bronchitis asthma, TB, Meningitis, Masalah buah pinggang dan kencing, Muntah – muntah, Gastrik, Sakit perut, Hemorrhoids (piles), Diabetes, Constipation (sembelit), Semua penyakit mata, Womb, Cancer, Menstrual disorders, Masalah telinga, hidung dan tekak.

Kaedah rawatan.
  1. Apabila anda bangun daripada tidur dan sebelum berus gigi, minum 4 x 160ml gelas air kosong. 
  2. Setelah berus gigi, jangan minum atau makan selama 45 minit. 
  3. Setelah 45 minit, anda boleh minum dan makan seperti biasa. 
  4. Selepas 15 minit anda sarapan, makan tengahari atau makan malam, jangan minum atau makan apa – apa selama 2 jam. 
  5. Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk minum 4 gelas air selepas bangun tidur, anda boleh mulakan sikit demi sedikit sehingga anda dapat minum 4 gelas air.

Rawatan tersebut insyaAllah dapat menyembuh pelbagai penyakit dan anda dapat nikmati hidup yang sihat.

Berikut merupakan senarai penyakit dan bilangan hari untuk rawatan minuman air ini diperlukan untuk sembuh:

1.        Tekanan darah tinggi = 30 hari 
2.        Gastrik = 10 hari 
3.        Diabetes = 30 hari 
4.        Constipation = 10 hari 
5.        Cancer = 180 hari 
6.        TB = 90 hari


Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan tersebut selama 3 hari sahaja. Dalam minggu pertama perlu diikuti dengan rawatan setiap hari.

Rawatan air ini tidak memberi kesan sampingan tetapi pada permulaan rawatan ini, anda akan selalu membuang air beberapa kali.

Walaubagaimanapun, kita haruslah berdoa dan bertawakkal kepada Allah dalam mencari kesihatan yang sempurna, rawatan ini hanyalah salah satu cara untuk kita berusaha dalam kaedah yang betul, insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...