Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Monday, 2 January 2012

New External Hard Disk

Dari hari Sabtu aku dok usha external hard disk
Budget aku hanya RM150 - RM200.
Minah kedai tu kat Sunway Pyramid kata tak akan dapat dengan harga tu
Dah 1 bulan lebih external HD naik harga sejak Thailand banjir
Sungguh kecewa!

My hubby BIL cakap ada tengok flyer kat TESCO boleh dapat external HD 500GB dengan harga RM180++
Kebetulan aku gie TESCO Shah Alam nak cari lampin pakai buang anak, aku pun dok usha-usha lah
Sebenarnya aku pun dah lupa nak usha benda tu kat sini
Bila hubby ku merayap sampai zon elektrik, aku naik heran!
Huhuhu nasib baik memory my hubby ok, so ter'usha' lah aku benda tu

Pictures of  WD Elements SE 500Gb hard disk external USB2.0 RM1.00
WD Elements SE 500Gb hard disk external USB3.0 

Hajat dihati nak cari 1T tapi over my budget huhuhu
So, aku dapat WD Elements SE 500Gb hard disk external USB3.0  dengan harga RM198.88
Terdesak sangat!
HD laptop dah hampir penuh
Nak download movie pun tak dapat uighhhh
Lepas nie tak ada masalah storage lagi lah!
Alhamdulillah!!

Sunday, 30 October 2011

Samsung Galaxy Tab



Seharian aku layan SGT. Barang baru lah katakan hehe. Banyak lagi nak kena explore. Naik lenguh jari-jari. Naik juling mata menengok hehe. Tapi puas hati sebab dapat apa yang diidamkan. Kata hubby, hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja dan berjimat.

Monday, 17 October 2011

Keperluan @ Kehendak?

Zaman sekarang macam gadget ada. Tak terkejar rasanya. Aku terfikir adakah semua itu keperluan untuk meneruskan hidup atau kehendak untuk memenuhi nafsu?

Sebagai contoh adalah, telefon. Dulu-dulu telefon tidak boleh dibawa kemana-mana. Kemudian manusia mencipta mobile phone, boleh berhubung dimana-mana sahaja. Dari boleh berhubung menggunakan suara, provider upgrade sistem supaya boleh berhubung menggunakan Short Message Service (SMS). 


Tidak cukup dengan itu, upgrade lagi supaya boleh bercakap mata bertentang mata. Yang terkini, dengan telefon bimbit kita boleh berhubung dengan mendengar suara, SMS dan juga melayari internet. Hebat bukan!

Motorola StarTAC

Nie adalah hand phone aku yang pertama. Dulu-dulu kalau pakai yang nie kira power lah sebab sebesar tapak tangan sahaja. 

Ericsson T10

Selain daripada motorola, aku juga menggunakan Ericson T10. Kalau tak silap hand phone nie datang dengan empat color. Memang menarik minat!.

Sony Ericsson

Kemudian, aku pakai hand phone ini. Aku tak ingat jenis mana tapi ia sangat berjasa dan aku gunakan hand phone nie sehingga ketitisan yang terakhir atau dengan kata lain, sampai rosak (heheheee).

Nokia Music Express

Sehingga sekarang, aku masih setia dengan hand phone Nokia ini. Mungkin bagi aku sekadar boleh bercakap dan SMS sudah memadai. Tapi dimasa akan datang nobody knows, right!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...