Friday, 28 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Cactus Point

Cactus Point! Bagi pengemar cactus sudah pasti akan tersenyum lebar.  Iya lah, boleh shopping cactus perbagai bentuk, rupa dan warna.  

Tapi bagi bukan penggemar cactus jangan risau, anda boleh cuci mata melihat pelbagai jenis pokok bunga, pasu, bantal dan baju.  


ATAU

Menganggu fokus mama yang sedang memilih cactus dengan menarik tangan mama agar menyempurnakan hajat untuk bermain kereta atau apa-apa lah namanya!


So comel ku yang tak jemu-jemu bermain

Untuk ke Cactus Point, mudah sahaja. Ianya berada di antara Kea Farm dan bandar Brinchang.  Jika dari Brinchang menghala Kg Raja, cuma perhatikan signboard besar ditepi jalan dan ianya adalah disebelah kiri jalan utama.

Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. Tempat parking kereta memang banyak, tak perlu pening kepala untuk mencari parking kereta.  



Peta untuk rujukan.  Kalau tak jumpa jugak guna lah GPS yaaaa

Rambang mata aku melihat kecomelan cactus.  Oleh kerana tersangat ciut , aku pun ada memborong beberapa cactus untuk dijadikan 'anak angkat'.  Lagi pun bukan susah sangat nak jaga, just siram dengan air sekali seminggu.  Kalau mati jugak itu, maknanya tanganku 'panazzzz'.  Moh layan gambar-gambar cactus yang comel lote.  

Kombinasi yang sangat cantik!


Golden Barrel Cactus Echinocactus


Gymnocalycium mihanovichii

Gymnocalycium mihanovichii

Pheasant Breast Olea

Golden Eastern Lily Cactus Echinopsis

Dhiya Irdina! Cactus yang paling mahal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...