Masa aku berkursus di Fulda Germany, aku ambik peluang memanjangkan langkah ke Paris. Actually sebelum itu aku pernah ke Paris tetapi aku tak sempat menjelajah kota Paris sebab sebuk bersuka ria @Disnyland Paris.
Bila kawan-kawan sekelas kata nak pergi Paris, aku lah orang paling teruja. Bukan itu sahaja, tetapi orang yang menguruskan booking tiket bus. Kami travel dengan menggunakan Eurolines bus seramai 10@11 orang semuanya.
Eiffel Tower
Pagi-pagi buta kami dah sampai di Paris. Semua orang sibuk berjogging tapi kami sibuk berpose. Kami bertolak dari Frankfurt, Germany pada waktu tengah malam. Jadi, tidur siap-siap dalam bus, pagi celik mata dah sampai Paris.
Dekat sini lah semasa tengah beratur nak naik Eiffel Tower, ada orang berbangsa India/Bangladesh menjual key chain tiba-tiba bercakap melayu dengan kami. Terkejut beruzzzz kami. Rupanya mereka pernah bekerja di Malaysia lebih kurang 3 tahun.
Tengah dok sibuk melayan bersembang pasal permit dengan mereka, kami tak sedar yang kami beratur di line yang silap. Ikutkan nak naik lif ke atas tower tapi kami beratur di tempat untuk menaiki tangga. Layan jer lah. Boleh pengsan nak membolehkan sampai ke atas. Hehhehe
Musée Du Louvre
Pernah tenguk filem The Da Vinci Code? Dekat sinilah dia orang berlakon. Di kota Paris, banyak tempat yang boleh dilawati. Kalau ada rezeki ke sini, plan dulu tempat nak dilawat baru senang. Sebelum kami pulang ke Frankfurt (bus malam), kami singgah Disneyland.
Disneyland Paris
Kali nie aku tak masuk dalam, just pusing-pusing dekat luar. Terharu jugak aku. Tak pernah aku impikan untuk sampai di Disneyland for the second time. Sob sob aku masa tu. Dah rezeki kan kan kan.
Sekarang nie aku menyimpan satu hasrat untuk membawa Cinta Hatiku ke Paris untuk feel Romantic Paris itu sendiri.
No comments:
Post a Comment