Wednesday, 30 November 2011

Mengidam!

Tiba-tiba aku teringat dekat S.A Ali Popiah.
Tapi baru sahaja hari Isnin aku pekena dengan FMIL dekat stall depan Plaza Alam Sentral.

Sebenarnya aku tak tahu pun dah ada stall S.A Ali kat sana.
Itu pun FIL aku yang cakap ada popiah sedap.
Tapi dia tak tahu pulak nama stall nyer.

Untuk layan tekak FIL, kami follow sahaja dia.
Tengok-tengok S.A Ali popiah.
Sure lah sedap!!!

So aku pun layan jugak ler tekak aku dengan popiah basah.
My hubby , FIL dan MIL layan rojak.
Perhhhh sedaappppppp!!!



Lanjutan dari ayat aku kat atas, hari nie aku terasa-rasa tekak
aku pekena rojak dan popiah tempoh hari.

Memandangkan aku keluar rehat awal sebab nak langsaikan hutang dengan TM dan Celcom (alasan munasabah), aku melanjutkan diri dengan singgah ke S.A Ali stall untuk tapaw rojak mee dan popiah basah.

Aku just parking tepi jalan.
Siap cakap, "Kak, boleh cepat tak. Saya park kereta tepi jalan nie".
Nasib baik selamat. Kalau nasib tak baik, kena saman lah. Hehehhee

Aku drive fast and furious untuk balik ke office.
Dan, menu hidangan tengahari aku hari ini adalah

ROJAK MEE + POPIAH BASAH S.A ALI

Bruppppp. Kenyang!! (senyum kepuasan)

Tuesday, 29 November 2011

Betul! Nie Buktinya.


Ini adalah satu-satunya anak kesayangan aku.
Picture nie diambil sesama Irdina naik kereta Mak Da baru-baru nie.

Betul jangkaan aku.
Penarik perhatian anak daraku itu adalah anak-anak patung!

Mama Love U, Irdina!

Saturday, 26 November 2011

Mak, Happy Birthday!


Hari nie harijadi mak yang ke 55. Kebetulan mak ada di Shah Alam (rumah aku). So, aku meluangkan masa bersama mak dengan main masak-masak a.k.a masak bersama-sama. Hari nie kami masak pajeri nenas (heheh favourite aku), ikan goreng, dan ikan kering. Brupppp kekenyangan!

Lepas makan, rehat jap then solat, dalam jam 3.30 petang aku, hubby, Irdina, Su, Aisyah, mak, ayah dan FMIL ke GM Klang. Kami gerak dengan dua buah kereta.  Irdina tak mahu naik kereta dengan aku. Sibuk nak follow Nek dan Aki. Aku tahu kenapa, nak main patung dalam kereta Mak Da dia lah tu (sub sub).

Tak ada apa yang nak dicari di GM, just nak bawak mak buat regangan kaki hehehee. Bukan kaki mak jerk meregang tapi kaki kami semua! Irdina? Uhhh usah cakap lah. Kejap duduk atas stroller, kejap berjalan, kejap berlari. Jenuh Aki dan daddy nak menguruskan dia. Aku?? Aku layan mak window shopping hehehe. Hasil borongan kami adalah, towel 1/2 dozen, buku Irdina dan magic ball Irdina.

Malamnya, kami pergi makan pizza di Pizza Hut, Kemuning Utama. Mak memang suka sangat makan pizza. Kebetulan, sampai di Pizza Hut, Irdina dah tertidur. Hemmm memang bagi peluang untuk mama dan daddy makan dengan tenang! Kami order Ultimate Cheesy Bites pizza, Masala Spin Role dan Seafood Lasagna. Nyum nyum...


Begitulah sambutan harijadi mak tahun ini.  Penutup sambutan harijadi bagi keluarga kami. Insyallah, tahun hadapan pembuka sambutan harijadi adalah Ayah. Berharap kami dapat meluangkan masa bersama dengan aktiviti yang dapat mengeratkan kedua-dua keluarga kami. 

Friday, 25 November 2011

Al-Fatihah


Pagi-pagi lagi di office, aku dikejutkan dengan berita pemergian Pn. Alimah.

Arwah adalah bekas AO di office aku.
Kalau tak silap, arwah baru sahaja bersara.

Arwah mengidap penyakit breast cancer.
Itu pun aku tahu setelah arwah dah bersara.

Al-fatihah buat arwah.
Moga roh arwah dicucuri rahmat.
AMIN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...