Lokasi kami seterusnya adalah Boh Tea Sg. Palas. Ada juga orang panggil ladang ni dengan nama Ladang Teh Ombak Rindu. Kenapa? Sebab ladang teh ini merupakan satu lokasi penggambaran di dalam filem Ombak Rindu.
Kehijauan ladang teh
Ladang Boh Tea Sg. Palas nie terletak di Brinchang di mana 2km dari Kea Farm Market atau 5km dari pusat bandar. Sekiranya dari bandar Brinchang, selepas melalui Butterfly Garden akan ada signboard besar di persimpangan jalan masuk di sebelah kiri.
Tempatnya agak ke dalam dari jalan besar dimana perlu menempuh jalan yang amat sempit dan berliku-liku sejauh 3.5km. Boleh bikin sesak nafas bila berselisih dengan kenderaan lain!
Setiap selekoh mesti membunyikan hon sebagai memberi isyarat kepada kereta yang bertentangan sebab jalan muat-muat untuk satu kereta sahaja.
Ladang ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang, kecuali hari Isnin ia ditutup untuk pengunjung.

Melayari internet
Apa yang ada di sana? Harus lah ladang teh, bukan. Disini kita boleh menikmati pelbagai jenis teh. Panas atau sejuk, teh pekat atau nipis, semua ada.
Teh panas atau sejuk?
Teh panas + udara sejuk = SESUAI
Teh ais yang tidak mampu dihabiskan
Bukan setakat teh sahaja, kita boleh menikmati skon, strawberry chocolatecake, banan carrot cake, sandwich dan banyak lagi.
Kudapan pilihan kami
Empunya jari gambar di atas. Teruja tengok strawberry.
As usual, sebagai bukti dah sampai :-)
No comments:
Post a Comment