Hari nie harijadi mak yang ke 55. Kebetulan mak ada di Shah Alam (rumah aku). So, aku meluangkan masa bersama mak dengan main masak-masak a.k.a masak bersama-sama. Hari nie kami masak pajeri nenas (heheh favourite aku), ikan goreng, dan ikan kering. Brupppp kekenyangan!
Lepas makan, rehat jap then solat, dalam jam 3.30 petang aku, hubby, Irdina, Su, Aisyah, mak, ayah dan FMIL ke GM Klang. Kami gerak dengan dua buah kereta. Irdina tak mahu naik kereta dengan aku. Sibuk nak follow Nek dan Aki. Aku tahu kenapa, nak main patung dalam kereta Mak Da dia lah tu (sub sub).
Tak ada apa yang nak dicari di GM, just nak bawak mak buat regangan kaki hehehee. Bukan kaki mak jerk meregang tapi kaki kami semua! Irdina? Uhhh usah cakap lah. Kejap duduk atas stroller, kejap berjalan, kejap berlari. Jenuh Aki dan daddy nak menguruskan dia. Aku?? Aku layan mak window shopping hehehe. Hasil borongan kami adalah, towel 1/2 dozen, buku Irdina dan magic ball Irdina.
Malamnya, kami pergi makan pizza di Pizza Hut, Kemuning Utama. Mak memang suka sangat makan pizza. Kebetulan, sampai di Pizza Hut, Irdina dah tertidur. Hemmm memang bagi peluang untuk mama dan daddy makan dengan tenang! Kami order Ultimate Cheesy Bites pizza, Masala Spin Role dan Seafood Lasagna. Nyum nyum...
Begitulah sambutan harijadi mak tahun ini. Penutup sambutan harijadi bagi keluarga kami. Insyallah, tahun hadapan pembuka sambutan harijadi adalah Ayah. Berharap kami dapat meluangkan masa bersama dengan aktiviti yang dapat mengeratkan kedua-dua keluarga kami.
No comments:
Post a Comment