Thursday, 13 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Taman Agro Teknologi MARDI

Adui, pening kepala!! Perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata sungguh mencabar, bengkang bengkok di sana sini.  Namun demi menyampaikan hajat yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland, aku tahankan juga.

Lokasi pertama aku adalah Taman Agro Teknologi MARDI yang berada di Tanah Rata, Cameron Highland.  Kalau berkunjung ke sini, kira dah boleh cover semua tempat di Cameron Highland. Kenapa??   Cuba tenguk peta Taman Agro Teknologi MARDi di bawah nie.

Peta Taman Agro Mardi

Semua ada! Hehehe macam iklan astro lah pulak. Maksud aku semua ada adalah kerana dalam satu tempat sahaja boleh tengok kebun strawberi, kebun sayur-sayuran, kebun bunga-bungaan, kebun anggur, kebun asparagus, kebun epal, taman herba dan juga ladang teh.  Semua dah lengkap, bukan?  Tak perlu banyak cakap, moh layan picture.




  
 









Ladang Teh


Pokok Epal


Juraian tomato

 
Our Happy Family



Ini sedikit informasi bayaran masuk dan waktu operasi Taman Agro Teknologi MARDI, Tanah Rata, Cameron Highland.  Berpatutan dan berbaloi, bukan?

BAYARAN MASUK:
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : Rm3.00

MASA OPERASI:
Isnin - Khamis
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.30 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad
8.00 pg - 5.00 ptg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...