Friday, 9 December 2011

Makan @ Flaming Steamboat




Lokasi
Flaming Steamboat, Shah Alam

Tarikh
9 Disember 2011

Masa
8.00 mlm - 11.30 malam

Harga Buffet
 RM 15.90 (Groupon voucher) X 10 org
                     RM 4.00 surcharge (Jumaat, Sabtu & Ahad shj) X 10 org
                     RM 9.90 (Child) X 2 org
                     RM 26.90 (Adult) X 1 org

Jumlah Perbelanjaan : RM 245.90

Flaming Steamboat, Shah Alam

Brunch nie baru sahaja dibuka sebelum puasa tahun ini. Hari-hari aku lalu depan restoran nie sebab laluan aku pergi kerja. Sebelum ni aku pernah pergi brunch yang dekat Sunway. Oleh kerana dah pernah pergi dan kebetulan ada voucher murah, aku pun plan untuk dinner bersama kawan-kawan travel. Aku belikan untuk mereka GROUPON voucher sebanyak 10 keping dan hari selasa lepas aku buat booking.

Telor untuk santapan puteri Irdina

Sambil menunggu yang sesat-sesat sampai, aku dan kak sham sediakan meja. Dari kosong, kami penuhkan dengan pinggan dan mangkuk. Kemudian, kami penuhkan pula meja dengan hasil tangkapan dan tuaian iaitu udang, ketam, tiram, kangkung, cendawan jepun dan macam-macam lagi lah (yang tak tahu nama pun ada). Pernah dengar pepatah nie, " Macam-macam Ada!".

Sebelum direndam

Selepas direndam

Apa-apa hal, aku kenyangkan dulu Irdina. Lepas dia kenyang, bolehlah aku kenyangkan perut aku pulak. Tak tahu nak bagi Irdina makan apa, aku rebus telor untuk dia.

Makan telor sambil main mangkuk

Aku tak banyak makan seafood sebab risau allergic mengujungi aku. So, aku banyak makan cendawan jepun dan dim sum. Rugi betul bawa aku makan seafood steamboat!! (hehhehee)

Cendawan jepun

Nie lah dim sum yang aku belasah tak ingat!

Kusyuk! Tengah kupas udang.

Disebabkan banyak sangat makan atas meja, aku sampai tak tahu nak makan apa. Tenguk udang cantik semacam, aku makan usik lah sikit. Teringat kesedapan tiram, makan lah sikit. Time nie Irdina still under control. Dok sibuk main sudu dan mangkuk nyer.

Tarian tudung periuk

Muka cover-cover ala-ala sopan lah tu. Padahal kelaparan yang amat. Sesat dia orang nak cari tempat nie. Tapi berbaloi-baloi sebab dapat makan dengan banyak sekali. Tak rugi bawa dia orang kalau makan buffet.  Sebenarnya dah lama kami tak makan-makan macam nie. Bulan puasa yang lepas pun tak ada kami berbuka bersama. Kalau tidak, tiap kali ramadhan mesti kami layan makan buffet.

Sayang nak apa? Meh ayang sendukkan.

Makan-makan juga. Melayan suami makan itu dah satu tanggungjawab. Irdina dok lepak dengan Mak Adiknya. Kami berdua layan makanan dengan tenang sekali huhuhuuu.


Makan..makan dan makan

Hubby ku memang tak rugi bawa makan buffet. Orang dah berhenti makan dia masih mengunyah. Menikmati makanan dengan tenang sudah semestinnya!

Nyum nyum

Aiskrim!!! Hemmm tak tahu nak pilih flavour apa. Nak rambang mata aku!. Tapi yang pastinya aku akan cari durian flavour. Nyam.. nyam... Aku bagi Irdina rasa aiskrim tapi dia geleng kepala kata tak mahu. Uihh musykil betul aku. Kalau budak lain, itu yang dikejornya. Uih uih uih (sambil geleng kepala).

Kek birthday

Ada sambutan hari jadi lah pulok.  Murah rezeki kami malam nie. Habis pekena steamboat, kami pekena kek pulak. Sambil pekena kek, kami pekena gosip-gosip hahhahaaaa.

Birthday boy

 Inilah dia birthday boy nyer. Malu-malu bila kami nyanyikan lagu Happy Birhday!. Happy 4th birthday, Zidan!  Cepat masa berlalu. Dah besar anak teruna si Nad. Bila lagi nak tambah yang ke tiga? Ish tanya orang pulak. Awak tu bila nak tambah dua? Hehehehhee

Ketiduran anakku.

Penat menunggu mama bergosip yerk! Kecian anakku. Aku memang dah biasakan dia tidur dalam suasana bising. Bila tenguk Irdina tak selesa tidur dalam stroller, kami ambik keputusan untuk pulang. Nak jam 11.30 malam jugak kami balik.

Apa-apa pun we all having fun makan steamboat together. Kalau ada rezeki, insyallah tahun hadapan boleh arrange lagi. Muaaahhhhh good night!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...