Kali nie aku nak cuba pula buat sup tomato untuk Irdina. Hari tu aku dah buatkan sup cendawan. Hemmm suka betul Irdina. Harap kali ini dia suka jugak! Resepi dibawah nie aku akan alter tambah kentang sebab Irdina suka sangat makanan yang ada kentang. Lagi pun boleh pekatkan sikit sup tomato itu sendiri.
Bahan-Bahan
200gm tomato segar
50gm daun basil
30ml minyak zaitun
50gm bawang merah yang dicincang
50gm bawang putih yang dicincang
50gm stok ayam
sedikit perasa
Cara Penyediaan
- Rebus tomato dengan air panas sehingga lembut, kemudian dicincang sehingga menjadi halus.
- Tumis bawang merah, bawang putih dan daun basil.
- Masukkan tomtao yang telah dicincang tadi dan tumis selama 5 minit.
- Kisar bahan yang telah ditumis tadi sehingga menjadi halus.
- Tambah stok ayam dan masukkan perasa.
Cara terbaik untuk menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato kerana ia dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan juga mengawal tekanan darah supaya stabil.
No comments:
Post a Comment