Tolak dari Kuala Terengganu jam 8.00 pagi, sampai Kuantan jam 11.30 pagi.
Tolak dari Kuantan jam 2.00 petang, sampai Shah Alam jam 7.00 petang.
Wahhhh.... sungguh memenatkan. So far, perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan adalah lancar. Cuma perjalanan dari Kuantan ke Shah Alam ada sedikit gangguan. Tayar kereta kurang angin daaaa. Nasib baik berhenti dekat hentian Gambang. Hubby check tayar depan, di pam tapi kuar jugak angin. Hemm, terpaksalah tukar dengan tayar spare. Berpeluh-peluh hubby dibuatnya. Sedang berhempas pulas, datang seorang hamba allah menolong hubby. Siap sahaja tukar tayar, kami terus exit dari LPT ke Sri Jaya. Alhamdulillah, ada kedai tayar yang buka. Tak sampai 10 minit, semua selesai. Bayar Rm 8.00 sahaja untuk tukar tiub.
Jam 3.45 petang, kami masuk balik LPT dari Seri Jaya dan teruskan perjalanan ke Shah Alam. Kereta dah bertali arus. Kami dah boleh agak dekat nak sampai plaza tol LPT nanti akan sesak. So kami exit dari LPT ke Lanchang (penuh dengan liku hehhehee). Alhamdulillah, jalan ke Karak tak sesak.
Sampai di tol Bukit Bentong, hemmm tarik nafas panjang-panjang. Punya lah jam teruk. Bayar tol secara tunai lagi pantas dari TnG @ Smart Tag! Semua kereta merangkak-rangkak mendaki Bukit Bentong. Time nie lah pulak Irdina bangun. Apa lagi, macam-macam aktiviti dia nak buat sebab dah bosan seharian duduk dalam keta dan tidur! Nak tenteramkan dia, aku nak bagilah dia tengok UTube tapi line pulak tak ada. Masak aku dalam keta huhuhu!
Nasib baik dekat dengan Janda Baik dibuka lencongan untuk ke KL. Lega sikit! Kalau tidak, tak tahu lah aku akan sampai Shah Alam jam berapa.
Penuh dengan halangan dan liku-liku kehidupan, bukan? Itulah dikatakan ujian dari Allah. Alhamdulillah kami dapat tempoh semuanya dengan penuh kesabaran,
SYUKUR.
No comments:
Post a Comment