Tuesday 1 November 2011

Konvokesyen ILJTM 2011


Hari ini bermulanya Konvokesyen ILJTM yang ke 13. Tahun nie diadakan di PICC, Putrajaya. 

Aku seperti biasa, selagi berada di Unit Peperiksaan & Persijilan, akan tetap menjadi petugas menjaga kaunter penyerahan sijil. Kerja aku mudah sahaja, serahkan sijil kepada pelajar-pelajar yang telah tamat dengan jayanya.

Tapi yang tak mudahnya adalah kena balik lewat disebabkan penyerahan sijil adalah proses yang terakhir bagi setiap pelajar. Kenapa lewat? Haaaaa sebab peserta konvo nie ambil peluang pose 'maut' dengan jubah. Ada yang ambik peluang buat sesi photography sekitar Putrajaya lah pulak!!! 

Hari 1- 1 Nov 2011
Wajah ceria kami.

Sidang 1 - Diploma Teknologi Elektronik 
Sidang 2 - Diploma Teknologi Pembuatan (33 orang) & Sijil Penyelenggaraan Kapalterbang Mekanikal (88)

So far, kami masih ceria manjaga kaunter kami. Tak tahulah esok atau lusa sebab kami ada lagi 2 hari disini. Kalau tenguk pada figure untuk Sidang 2, perghhhh ramainya. Tapi hakikat sebenarnya yang hadir almost 60 person sahaja. Hari ini kami habis bertugas jam 6.30 petang.  :-)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...