Saturday, 12 November 2011

Lompatan

Ikan lumba-lumba melompat setinggi 4.57 meter


BEBERAPA ekor ikan lumba-lumba membuat lompatan yang tinggi di Lautan Atlantik dekat Pulau Pico.

Seorang jurugambar Britain, Anthony Pierce, 30, dari Leeds merakamkan gambar beberapa ikan lumba-lumba melompat tinggi dari laut.

Kumpulan ikan lumba-lumba itu melompat setinggi 4.57 meter ke udara setinggi bas dua tingkat di perairan pulau ini di Lautan Atlantik.

“Amat sukar untuk membuat rakaman gambar kerana ikan-ikan itu berada di atas permukaan air dalam tempoh beberapa saat,” kata Pierce baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...