Tuesday, 9 October 2012

Langkawi 2012 - Pulau Payar


Akhirnya!!! Dah lama bercita-cita nak ke Pulau Payar. Kenapa? Sebabnya aku nak snorkeling bersama-sama ikan yu. Hahhahaa tu dia!!!!

Pulau Payar nie terletak di perairan negeri Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala KedahPulau Langkawi atau Pulau Pinang. Kalau menaiki feri dari Pulau Langkawi, tak sampai 1 jam dah boleh sampai ke Pulau Payar. Feri ke sana besar juga dan insyallah tak mudah untuk mabuk. 

Biasanya sesapa nak ke Pulau Payar akan ambik pakej. Harga pakej yang aku dapat adalah RM85.00 seorang termasuk makan tengahari dan peralatan snorkeling. Ini dah habis murah pakej yang aku boleh dapatkan di atas usaha dok usha forum dan blog. 

So, kepada sesiapa yang berminat or rasa murah pakej Pulau Payar yang aku dapat nie sila ke AB MARINE & WATERSPORT, bersebelahan AB Motel di Pantai Chenang @ menghubungi 04-9551037.

Fish ooo Fish

Airnya tidak sejernih mana. Mungkin terlalu ramai orang di sekitar kami. Ikan, alhamdulillah banyak. Tak perlu pergi ke tempat dalam sudah boleh bermaian-main dengan ikan.  Yang paling aku teruja, anak ikan yu berenang-renang di persisiran pantai. Memang banyak! Walaupun aku tahu anak ikan Yu itu tak akan cederakan aku, tapi tiba-tiba aku cuak. Ikan yu, ok!!!

Anak Ikan Yu

Kami dinasihatkan agar tidak memberi makan ikan-ikan kerana dikuatiri ibu/bapa ikan yu menyangka kita menyakiti anaknya. Nanti sia-sia sahaja kena baham dek ikan yu.


Ketam batu di celah batu


Licin!

Tengahari kami dibekalkan dengan luch pack yang berisi nasi goreng, keropok, sosej, kek, epal dan sebotol air mineral. Rasanya boleh lah. Kalau dah lapar semuanya sodaaappp! Juga dinasihatkan bawalah bekalan tambahan. Dekat sana tak ada kedai makan @ restoran yerk. 

Juga bekalan air bersih tidak ada di sana. Tandas disediakan dengan air masin sahaja. Boleh lah untuk dibuat mencuci dimasa terdesak. Kalau hendak di buat membilas badan selepas bermandi pantai sudah pasti tak ada maknanya!

Kusyuk melihat ikan dari atas gazebo


MIL & me

Seharian kami dengan aktiviti ini. Bus datang ambil kami di lobby hotel ke Jeti Kuah pada jam 9.00 pagi. Kami menaiki feri ke Pulau Payar pada jam 11.00 pagi. Lebih kurang jam 12.00 kami sampai di Pulau Payar dan ber snorkeling sehingga 3.30 petang, 4.00 petang menaiki feri ke Jeti Kuah and finally 6.00 petang kami sampai ke hotel semula. Perghhhhh..... lama sungguh masa diperuntukkan!

Conclusion yang boleh aku buat cukuplah sekali aku jejakkan kaki kesana. Bagi aku, permandangan dan keindahan disana adalah biasa-biasa sahaja. Cuma yang luar biasa adalah IKAN YU hehhehee. Maybe aku pernah menikmati keindahan alam yang lebih cantik di Pulau Redang!  Apa-apa pun aku bersyukur kena berpeluang menjejakkan kaki ke sana dan menyempurnakan jelajahan aku di Langkawi. :-)

Friday, 5 October 2012

Langkawi 2012 - Panorama Langkawi


Panorama Langkawi Foursquare Check In

Hahaha... dari picture kat atas nie pun dah tahu dimana aku berjimba. Nie pun sama, dah banyak kali naik cable car tapi tak puas-puas. Alasan kali nie, nak menemankan PIL yang pertama kali nak mengayatkan diri.  

Kuat semangat anak mama

Harga tiket? Time nie lah kita nak menggunakan kelebihan sebagai warganegara Malaysia. Kenapa tiba-tiba cerita pasal kerakyatan? Sebabnya, adalah seperti di bawah.
Harga Tiket (Effective 01 May 2011 )
SKY CABSKY CAB
HAPPY HOURS
(5PG~7PTG daily)
UmumRakyat Malaysia
MYKAD
DewasaRM 30.00RM 15.00
Kanak-Kanak (2 -12 tahun)RM 20.00RM 10.00
PelajarRM 20 & 15RM 15 & 10


Baru lah terasa ada kelebihan sedikit travel dalam negara sendiri. Apa-apa pun, kalau plan hendak berjimba @ test kegayatan anda, jangan lupa tinjau-tinjau info penting seperti masa operasi dan penyelenggaraan mengenai Langkawi Cable Car.  Bukan apa, nanti dah bersemangat tahap gaban bila sampai tutup utk maintenance pulak. Time tu sure tengok tiang jerk lah hahhaha....

Permandangan Dari Viewing Deck

Petang tu kabus banyak sebab baru lepas hujan. Nasib kami baik sedikit sebab sempat juga snap beberapa picture sebelum permandangan diselubungi kabus.

 
Hampir dipenuhi kabus

Pantai Telok Kok

Luas mata memandang. Semasa perlananan turun dari Gunung Mat Chincang, kita boleh menikmati keindahan Pantai Telok Kok sambil cable car terbuai-buai di tiup oleh angin yang agak kencang. 


Gunung Mat Chincang

Sedikit tip bagi menghilangkan seriau atau cuak ketika berada di dalam cable car adalah dengan menyebukkan diri.  Bawalah kemera dan snap picture sebanyak mungkin walaupun view ketika itu tidak menarik. Insyallah nervous itu akan hilang! Telah teruji keberkesanannya :-)




Langkawi 2012 - Transport & Hotel

Kali ke berapa ke langkawi?? Entah lah. Banyak kali dah aku ke Langkawi tapi tak puas-puas. Tapi kali nie memang lama sungguh. 5 hari 4 malam!. Aku pergi berlima, Mr. hubby, Irdina, MIL, FIL dan aku.

Seawal 4.00 pagi aku dah bangun untuk memastikan kami sampai ke LCCT sebelum 6.00 pagi. Aku naik flight AirAsia ke Langkawi yang paling awal sekali, jam 7.30 pagi.  Kurang dari 1 jam dah sampai Airport Langkawi.

Permandangan dari atas flight

Transportation kat sana, aku dah booking kereta wira auto.  Aku booking awal, 3 hari sebelum aku sampai.  RM 180.00 untuk 4 hari, ambil dan hantar kereta di Airport Langkawi. Rasa macam dah murah. 

So, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kereta sewa di Langkawi, boleh lah call Mahadhir 012-5910004. Hahhaaa aku buat iklan lah plak!

 
Selang...nama bangunan bilik kami

Stay kat mana? Aku stay kat Rumah Perseketuan Langkawi a.k.a Federal Villa. Nie kali kedua aku stay kat sini. Alhamdulillah, bilik cantik. Tapi, yang paling penting adalah keselesaan.

Opss lupa bagi tau, satu malam RM55.00 sahaja. Murah kan!!!! Itu rate untuk kakitangan kerajaan sahaja yerk... Harga asal bilik tu RM270.00 semalam utk standard twin sharing.

Nak booking kena awal sebab selalu penuh. Macam aku, nak pergi bulan September, bulan February dah buat booking.

Nombor bilik kami

Federal Villa adalah dibawah pengurusan Holiday Villa. So, urusan check in @ out adalah di lobby Holiday Villa.  Kami juga boleh menggunakan semua facilities disana. Kalau nak breakfast di hotel, ada package breakfast RM8.00/orang bagi menu terpilih @ 20% diskaun.

So, government servant moh lah kita beramai-ramai menginap Rumah Perseketuan Langkawi  tiap kali berlibur di Langkawi. 





Thursday, 9 August 2012

Cara Semak Tarikh Luput Tong Gas


Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan di rekodkan secara alpha-numerical, contohnya D-06.

Huruf A, B, C atau D bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun.
A untuk March ( Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk September (Suku ketiga)
D untuk December (Suku keempat)

2 digit dibelakang huruf pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas itu selamat digunakan.  Jadi D-06 bermaksud tong gas itu selamt digunakan sehingga December 2006 sahaja.

Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa keluarga tersayang

Tuesday, 17 July 2012

Felda Residence Hot Spring, Sungkai

Hari ahad (15 Julai 2012) yang lepas aku bersama family & travel partner memanjangkan langkah menjelajahi Sungkai Hot Spring. Actually dah lama aku nak kesini. Tapi tiap kali plan tak pernah nak menjadi. 

Bila Social Leaving  offer voucher peningapan 2D1N dengan harga RM140, terus sahaja aku shoot email kepada travel partners. Pucuk dicita ulam mendatang lah. Aku terus beli 3 voucher dan merancang percutian seterusnya. 

@ Lobby Felda Residence Hot Springs

Mengikut perancangan, percutian ini akan disertai oleh 7 orang tapi disaat akhir 1 orang menarik diri kerana sibuk dengan urusan memindah barang ke rumah baru. Time ni lah pulak nak pindah ekk.....

Kami konvoy dengan 2 buah kereta. Sebuah bertolak dari Shah Alam dan sebuah lagi dari Ulu Klang. Kami dari Shah Alam bertolak jam 11.00 pagi, berjumpa di R&R Jejantas Sungai Buloh dan jam 1.45 petang kami sampai di resort.

 
The Chalet

 
 Our Room

Dari 3 bilik, hanya 2 bilik sahaja siap utk kami check in. Its better than nothing, right! Sampai bilik  terus sahaja mengeluarkan bekalan dan makan tengahari bersama-sama. Ala-ala berkelah tapi dalam bilik lah hehehehee...

Voucher yang kami beli dah include sekali dengan tiket masuk kolam air panas dan sejuk, 4 biji telor untuk direbus dan welcoming coffee.

Selepas solat zohor, kami bersiap untuk bermandi manda di kolam air panas. Harga sebenar tiket masuk adalah RM12.00 seorang. Tapi, sampai sahaja di entrance hujan turun dengan lebatnya bersilih ganti dengan petir. Nasib baik berhampiran kami ada bangunan stor untuk kami jadikan tempat berteduh.  

Meranti Coffee House

Setelah hujan agak reda tapi masih renyai, kami berpakat berlari-lari anak menuju ke Meranti Coffee House untuk pekena secawan kopi.  Mengah aku dibuatnya kerana berlari sambil mendokong anakku yang seberat 13kg. Erkkkk lenguh kaki dan tanganku!!! 

Akhirya aktiviti pentang itu dipenuhi dengan acara menambah berat badan hahaaa. Apa tidaknya, baru makan tengahari disusuli pulak makan petang. Sebelah malam, kami hanya lepak dibilik sambil menyembang masalah negara, masalah kerja dan blahh blahh blahh....

90 - 100 Celsius

Esok pagi, selepas sarapan kami melaksanakan aktiviti yang terbantut semalam. Kali ini kami dahulukan dengan aktiviti merebus telor. Kami diberi 4 biji telor untuk satu bilik. Peruntukan masa untuk merebus telor adalah bergantung jenis hasil yang kita kehendaki. Aku masak telor 1/2 masak = 3 minit. Untuk 3/4 masak = 4 minit.  Hemm itu sahaja yang aku ingat hehhehe. Oh ya! Kicap masin pun diberikan bersama-sama.

 
Kolam Air Sejuk

Siap sahaja merebus dan makan telor, acara berendam pun bermula. Kami mulakan dengan kolam air sejuk selama 30 minit  dan disusuli dengan kolam air panas selama 30 minit juga.

Penat berenang (ala-ala jerk), kami balik ke bilik untuk berkemas dan makan baki bekalan sebagai makan tengahari kami. Jam 1.00 petang kami bertolak balik ke Shah Alam.

So far, percutian ini amatlah simple. BERSANTAI dan menenangkan FIKIRAN. My next holiday will be on  September to LANGKAWI!!!



PERBELANJAAN:-

1) Standard Room - RM420 (RM140 X 3 bilik)
2) Minyak kereta - RM 60 (RM30 X 2 kereta)
3) Tol - RM 63.60 (RM15.90 X 2 hala X 2 kereta)

JUMLAH KESELURUHAN - RM 543.60 / 6 orang = RM90.60 seorang


Saturday, 14 July 2012

13 Brain Food (Makanan Untuk Otak)

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Informasi yang sangat bagus.
Boleh dijadikan amalan bermula hari ini.
Kalau tidak, main bedal sahaja apa yang ada depan mata tanpa memikirkan khasiatnya.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kualiti pemakanan kita demi masa depan bersama.

Friday, 13 July 2012

Sebab Rezeki Susah Nak Masuk




Antara sebab adalah...


1) Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2) Asyik mencanag perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3) Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4) Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
5) Riak bila bersedekah
6) Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7) Tidak/kurang beristighfar
8) Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Ustaz Don Daniyal


Marilah kita bersama muhasabahkan diri. Mana yang kurang kita tambahkan. Mana yang terlebih kita seimbangkan.

Thursday, 12 July 2012

Happy Birthday Irdina!

Birthday Girl

11 Julai 2010
.
.
2 tahun berlalu
2 tahun usia
2 tahun bersama
.
.
Semalam birthday Irdina yang ke-2
Macam tak percaya anak daraku sudah berusia 2 tahun
Rasa macam baru sahaja Irdina aku lahirkan
.
.
Kali nie birthday Irdina aku raikan bersama-sama Giggly Town friends
Aku seronok bagi anak-anak kecil makan
Appreciation dia lain sedikit dengan orang dewasa
.
.
Birthday Cake

Birthday cake untuk Irdina yang aku beli di Secret Recipe.
The cake name is Chocolate Fudge

 
Domino's Pizza

Makanan utama untuk birthday party Irdina adalah Domino's Pizza sebanyak 1 large size dan 2 regular size. 



Selain daripada itu ada juga nugget, sosej, dadih dan ais kream melengkapkan hidangan petang itu.


Kawan-kawan Irdina yang berselera menjamu selera

 
Bird! Bird! Bird!

Habis sahaja makan, semua anak-anak dihadiahkan Angry Bird sorang satu. Muka sorang-sorang teruja dan ceria, berlari sambil menghayunkan kekiri dan kekanan Angry Bird masing-masing.



Kusyuk tonton Oggy & Cockroaches



Pertandingan Angry Bird paling tinggi

Sebelum majlis ditamatkan, aku snap beberapa picture untuk di abadikan kenangan meraikan hari Jadi Irdina yang ke-2. Conclusion yang aku dapat untuk majlis kali ini adalah penuh KECERIAAN. 

Insyallah, panjang umur dan murah rezeki, akan aku adakan lagi majlis sebegini rupa pada tahun hadapan dengan tema yang berbeza.


PERBELANJAAN :-

1) Angry Bird Ballon - RM20.00
2) Goody Bag - RM10.00
3) Goody Bag Items - RM 30.00
4) Chicken Nugget -  RM 10.00
5) Sosej - RM 10.00
6) Dadih - RM 10.00
7) Ais Kream - RM 20.00
8) Pizza - RM 32.80
9) Kek - RM 80.00
10) Lilin - RM 6.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 228.80

Getting Rid Of Ants



Put small piles of cornmeal where you see ants. 
They eat it, take it “home”, can’t digest it so it kills them. 
It may take a week or so, especially if it rains, but it works. 
You don’t have the worry about pets or small children being harmed.

Masa yang sangat sesuai dengan memandangkan rumah aku tengah diserang semut.
Boleh cuba praktikkan petua nie.

Tunggu & lihat!

Tuesday, 3 April 2012

Keberkatan!

"Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20000, Allah SWT akan berikan beza RM 15000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."


Bersama muhasabah diri. Tak ada salahnya kita kerja lebih. Yang penting ikhlas supaya hidup sentiasa bahagia. Apabila kita bahagia, barulah kita mampu membahagiakan orang lain.

Pesanan Buat Suami


Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. 



Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. 


Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. 


1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.


2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. 


Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.


TETAPI Ada segolongan SUAMI yang mengizinkan isteri bekerja kerana mahu dirinya DIBANTU untuk menyara keluarga, MALANGNYA Gaji si isteri itu pula DI MONOPOLI oleh suami kerana beranggapan

Wang Gaji isteri itu adalah HAKnya berdasarkan keizinan yang dberikannya..Ini adalah suatu pendapat yang salah dan bertentangan dengan Syarak kerana sudah timbul KEZALIMAN suami terhadap isterinya sendiri.

Thursday, 16 February 2012

Petua Supaya Mudah Mengandung


Sekadang untuk berkongsi dan rujukan diri sendiri dikemudian hari..

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...


credit : Senang Hamil (Page)

Wednesday, 15 February 2012

Mengapa Orang Meletakkan Anak Patung Bawah kereta ?


Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T.. 

SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan..

Pautan mengenai Patung yang digantung pada bumper : 
(
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=323823168319

Tuesday, 14 February 2012

Paper Double Clip


Tersangatlah practical!!

Iyerlah.. benda baik elok kita berkongsi-kongsi

Selamat Mencuba!!

credit : MilkADeal

Monday, 13 February 2012

Betul @ Tidak?


I can't believe mead johnson is really doing this until i discover the truth. They never bother about our baby health at all. When they know the enfamil is dangerous to baby health but still send to asian country to sell. I really dissappointed n might take legal action on it.

Terpanggil untuk aku buat entry nie sebab anak kecilku minum susu brand nie. Aku tak pernah beli susu dalam tin. Kebanyakan semua dalam kotak.


Setahu aku lah, susu yang dalam tin tak pernah cover tin dilekatkan dengan kertas. Mungkin ada someone yang telah melekatkan sticker lain pada luar tin susu nie.


Bahaya kan! Baby mana boleh minum susu orang dewasa. So moral of the story, berhati-hati ketika membeli dan periksalah tin susu tersebut. Kalau bertampal avoid dari membeli.

Sunday, 12 February 2012

Reuse Plastic Thingy


Kitar Semula Plastic Thingy (pengikat plastik)

Picture nie aku dapat dari Facebook.
Boleh lah guna idea nie untuk mengemaskini cable yang berselerak bawah meja kat opis

Mari kita bersama mengnafaatkan ilmu ini hehehehe

credit: MilkADeal

Monday, 2 January 2012

New External Hard Disk

Dari hari Sabtu aku dok usha external hard disk
Budget aku hanya RM150 - RM200.
Minah kedai tu kat Sunway Pyramid kata tak akan dapat dengan harga tu
Dah 1 bulan lebih external HD naik harga sejak Thailand banjir
Sungguh kecewa!

My hubby BIL cakap ada tengok flyer kat TESCO boleh dapat external HD 500GB dengan harga RM180++
Kebetulan aku gie TESCO Shah Alam nak cari lampin pakai buang anak, aku pun dok usha-usha lah
Sebenarnya aku pun dah lupa nak usha benda tu kat sini
Bila hubby ku merayap sampai zon elektrik, aku naik heran!
Huhuhu nasib baik memory my hubby ok, so ter'usha' lah aku benda tu

Pictures of  WD Elements SE 500Gb hard disk external USB2.0 RM1.00
WD Elements SE 500Gb hard disk external USB3.0 

Hajat dihati nak cari 1T tapi over my budget huhuhu
So, aku dapat WD Elements SE 500Gb hard disk external USB3.0  dengan harga RM198.88
Terdesak sangat!
HD laptop dah hampir penuh
Nak download movie pun tak dapat uighhhh
Lepas nie tak ada masalah storage lagi lah!
Alhamdulillah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...