Akhirnya!!! Dah lama bercita-cita nak ke Pulau Payar. Kenapa? Sebabnya aku nak snorkeling bersama-sama ikan yu. Hahhahaa tu dia!!!!
Pulau Payar nie terletak di perairan negeri Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Kalau menaiki feri dari Pulau Langkawi, tak sampai 1 jam dah boleh sampai ke Pulau Payar. Feri ke sana besar juga dan insyallah tak mudah untuk mabuk.
Biasanya sesapa nak ke Pulau Payar akan ambik pakej. Harga pakej yang aku dapat adalah RM85.00 seorang termasuk makan tengahari dan peralatan snorkeling. Ini dah habis murah pakej yang aku boleh dapatkan di atas usaha dok usha forum dan blog.
So, kepada sesiapa yang berminat or rasa murah pakej Pulau Payar yang aku dapat nie sila ke AB MARINE & WATERSPORT, bersebelahan AB Motel di Pantai Chenang @ menghubungi 04-9551037.
Fish ooo Fish
Airnya tidak sejernih mana. Mungkin terlalu ramai orang di sekitar kami. Ikan, alhamdulillah banyak. Tak perlu pergi ke tempat dalam sudah boleh bermaian-main dengan ikan. Yang paling aku teruja, anak ikan yu berenang-renang di persisiran pantai. Memang banyak! Walaupun aku tahu anak ikan Yu itu tak akan cederakan aku, tapi tiba-tiba aku cuak. Ikan yu, ok!!!
Anak Ikan Yu
Kami dinasihatkan agar tidak memberi makan ikan-ikan kerana dikuatiri ibu/bapa ikan yu menyangka kita menyakiti anaknya. Nanti sia-sia sahaja kena baham dek ikan yu.
Ketam batu di celah batu
Licin!
Tengahari kami dibekalkan dengan luch pack yang berisi nasi goreng, keropok, sosej, kek, epal dan sebotol air mineral. Rasanya boleh lah. Kalau dah lapar semuanya sodaaappp! Juga dinasihatkan bawalah bekalan tambahan. Dekat sana tak ada kedai makan @ restoran yerk.
Juga bekalan air bersih tidak ada di sana. Tandas disediakan dengan air masin sahaja. Boleh lah untuk dibuat mencuci dimasa terdesak. Kalau hendak di buat membilas badan selepas bermandi pantai sudah pasti tak ada maknanya!
MIL & me
Seharian kami dengan aktiviti ini. Bus datang ambil kami di lobby hotel ke Jeti Kuah pada jam 9.00 pagi. Kami menaiki feri ke Pulau Payar pada jam 11.00 pagi. Lebih kurang jam 12.00 kami sampai di Pulau Payar dan ber snorkeling sehingga 3.30 petang, 4.00 petang menaiki feri ke Jeti Kuah and finally 6.00 petang kami sampai ke hotel semula. Perghhhhh..... lama sungguh masa diperuntukkan!
Conclusion yang boleh aku buat cukuplah sekali aku jejakkan kaki kesana. Bagi aku, permandangan dan keindahan disana adalah biasa-biasa sahaja. Cuma yang luar biasa adalah IKAN YU hehhehee. Maybe aku pernah menikmati keindahan alam yang lebih cantik di Pulau Redang! Apa-apa pun aku bersyukur kena berpeluang menjejakkan kaki ke sana dan menyempurnakan jelajahan aku di Langkawi. :-)
No comments:
Post a Comment