Panorama Langkawi Foursquare Check In
Hahaha... dari picture kat atas nie pun dah tahu dimana aku berjimba. Nie pun sama, dah banyak kali naik cable car tapi tak puas-puas. Alasan kali nie, nak menemankan PIL yang pertama kali nak mengayatkan diri.
Kuat semangat anak mama
Harga tiket? Time nie lah kita nak menggunakan kelebihan sebagai warganegara Malaysia. Kenapa tiba-tiba cerita pasal kerakyatan? Sebabnya, adalah seperti di bawah.
Harga Tiket (Effective 01 May 2011 )
SKY CAB | SKY CAB HAPPY HOURS (5PG~7PTG daily) | |
Umum | Rakyat Malaysia MYKAD | |
Dewasa | RM 30.00 | RM 15.00 |
Kanak-Kanak (2 -12 tahun) | RM 20.00 | RM 10.00 |
Pelajar | RM 20 & 15 | RM 15 & 10 |
Baru lah terasa ada kelebihan sedikit travel dalam negara sendiri. Apa-apa pun, kalau plan hendak berjimba @ test kegayatan anda, jangan lupa tinjau-tinjau info penting seperti masa operasi dan penyelenggaraan mengenai Langkawi Cable Car. Bukan apa, nanti dah bersemangat tahap gaban bila sampai tutup utk maintenance pulak. Time tu sure tengok tiang jerk lah hahhaha....
Permandangan Dari Viewing Deck
Petang tu kabus banyak sebab baru lepas hujan. Nasib kami baik sedikit sebab sempat juga snap beberapa picture sebelum permandangan diselubungi kabus.
Hampir dipenuhi kabus
Pantai Telok Kok
Luas mata memandang. Semasa perlananan turun dari Gunung Mat Chincang, kita boleh menikmati keindahan Pantai Telok Kok sambil cable car terbuai-buai di tiup oleh angin yang agak kencang.
Gunung Mat Chincang
Sedikit tip bagi menghilangkan seriau atau cuak ketika berada di dalam cable car adalah dengan menyebukkan diri. Bawalah kemera dan snap picture sebanyak mungkin walaupun view ketika itu tidak menarik. Insyallah nervous itu akan hilang! Telah teruji keberkesanannya :-)
No comments:
Post a Comment