Friday, 28 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Cactus Point

Cactus Point! Bagi pengemar cactus sudah pasti akan tersenyum lebar.  Iya lah, boleh shopping cactus perbagai bentuk, rupa dan warna.  

Tapi bagi bukan penggemar cactus jangan risau, anda boleh cuci mata melihat pelbagai jenis pokok bunga, pasu, bantal dan baju.  


ATAU

Menganggu fokus mama yang sedang memilih cactus dengan menarik tangan mama agar menyempurnakan hajat untuk bermain kereta atau apa-apa lah namanya!


So comel ku yang tak jemu-jemu bermain

Untuk ke Cactus Point, mudah sahaja. Ianya berada di antara Kea Farm dan bandar Brinchang.  Jika dari Brinchang menghala Kg Raja, cuma perhatikan signboard besar ditepi jalan dan ianya adalah disebelah kiri jalan utama.

Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan masuk adalah percuma. Tempat parking kereta memang banyak, tak perlu pening kepala untuk mencari parking kereta.  



Peta untuk rujukan.  Kalau tak jumpa jugak guna lah GPS yaaaa

Rambang mata aku melihat kecomelan cactus.  Oleh kerana tersangat ciut , aku pun ada memborong beberapa cactus untuk dijadikan 'anak angkat'.  Lagi pun bukan susah sangat nak jaga, just siram dengan air sekali seminggu.  Kalau mati jugak itu, maknanya tanganku 'panazzzz'.  Moh layan gambar-gambar cactus yang comel lote.  

Kombinasi yang sangat cantik!


Golden Barrel Cactus Echinocactus


Gymnocalycium mihanovichii

Gymnocalycium mihanovichii

Pheasant Breast Olea

Golden Eastern Lily Cactus Echinopsis

Dhiya Irdina! Cactus yang paling mahal.

Cameron Highland Aku Datang! - Boh Tea Centre Sg. Palas

Lokasi kami seterusnya adalah Boh Tea Sg. Palas. Ada juga orang panggil ladang ni dengan nama Ladang Teh Ombak Rindu.  Kenapa? Sebab ladang teh ini merupakan satu lokasi penggambaran di dalam filem Ombak Rindu.  

Kehijauan ladang teh

Ladang Boh Tea Sg. Palas nie terletak di Brinchang di mana 2km dari Kea Farm Market atau 5km dari pusat bandar.  Sekiranya dari bandar Brinchang, selepas melalui Butterfly Garden akan ada signboard besar di persimpangan jalan masuk di sebelah kiri.

Tempatnya agak ke dalam dari jalan besar dimana perlu menempuh jalan yang amat sempit dan berliku-liku sejauh 3.5km. Boleh bikin sesak nafas bila berselisih dengan kenderaan lain!  

Setiap selekoh mesti membunyikan hon sebagai memberi isyarat kepada kereta yang bertentangan sebab jalan muat-muat untuk satu kereta sahaja.  

Ladang ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang, kecuali hari Isnin ia ditutup untuk pengunjung.



Melayari internet

Apa yang ada di sana? Harus lah ladang teh, bukan.  Disini kita boleh menikmati pelbagai jenis teh.  Panas atau sejuk, teh pekat atau nipis, semua ada.  

Teh panas atau sejuk?

Teh panas + udara sejuk = SESUAI

Teh ais yang tidak mampu dihabiskan

Bukan setakat teh sahaja, kita boleh menikmati  skon, strawberry chocolatecake, banan carrot cake, sandwich dan banyak lagi.


Kudapan pilihan kami

Empunya jari gambar di atas. Teruja tengok strawberry.

As usual, sebagai bukti dah sampai :-) 


Tuesday, 25 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Galeria Time Tunnel

Lokasi seterusnya adalah Galeria Time Tunnel, sebuah muzium tempatan yang penuh dengan barangan lama untuk mengimbau kembali segala kenangan manis sewaktu membesar. Galeria ini antara tempat yang harus dikunjungi. Jarak lebih kurang 1km sahaja dari pekan Brinchang.

Terowong Masa

Dengan kadar bayaran RM5.00 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3.00, meluangkan masa menjengah ke Galeria Time Tunnel yang terletak di Jalan Sungai Burung, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang adalah sangat bermakna.  Sedar tidak sedar telah membuat aku tersenyum sendirian melihat barangan lama, suatu masa dahulu tak pernah aku ambil peduli.

Masih ingat mainan ini?

 
Gula-gula

 
Warna apakah kamu mahu? Ingat?

 
Kad laporan

Kad pengenalan lama

Terdapat juga barangan yang tidak pernah 'sempat' dengan aku. Atau aku terlalu kecil untuk menyedari kehadiran mereka. Hemm... nampaknya selepas ini terpaksa menyelongkar gambar-gambar lama semasa kecil dahulu.  

Cute, baby walker

Mesin kira


  
Ubat nyamuk dan dacing

Berfikir sejenak aku dibuatnya. Memikirkan, pernahkah aku guna barangan tersebut. Bersungguh-sungguh aku mengimbau kenangan lama. Seronok jugak!

Kasut sekolah

Jam dan telefon lama

Dulu DARKIE, kini DARLIE

Suis lama

Kini banyak digunakan di Kopitiam

Ahh sempat guna tv nie

Basikal

 
Mahu bikin rambut?

Mahu gunting rambut?

Horlick, Milo dan Ovaltine

 
Abadikan kenangan bersama Terowong Masa

Thursday, 13 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Taman Agro Teknologi MARDI

Adui, pening kepala!! Perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata sungguh mencabar, bengkang bengkok di sana sini.  Namun demi menyampaikan hajat yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland, aku tahankan juga.

Lokasi pertama aku adalah Taman Agro Teknologi MARDI yang berada di Tanah Rata, Cameron Highland.  Kalau berkunjung ke sini, kira dah boleh cover semua tempat di Cameron Highland. Kenapa??   Cuba tenguk peta Taman Agro Teknologi MARDi di bawah nie.

Peta Taman Agro Mardi

Semua ada! Hehehe macam iklan astro lah pulak. Maksud aku semua ada adalah kerana dalam satu tempat sahaja boleh tengok kebun strawberi, kebun sayur-sayuran, kebun bunga-bungaan, kebun anggur, kebun asparagus, kebun epal, taman herba dan juga ladang teh.  Semua dah lengkap, bukan?  Tak perlu banyak cakap, moh layan picture.




  
 









Ladang Teh


Pokok Epal


Juraian tomato

 
Our Happy Family



Ini sedikit informasi bayaran masuk dan waktu operasi Taman Agro Teknologi MARDI, Tanah Rata, Cameron Highland.  Berpatutan dan berbaloi, bukan?

BAYARAN MASUK:
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : Rm3.00

MASA OPERASI:
Isnin - Khamis
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.30 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad
8.00 pg - 5.00 ptg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...