Alhamdulillah, sepanjang perjalanan Irdina tak banyak ragam. Bagi dia sarapan telor rebus, minum susu then dalam jam 10 lebih, dia tidur sampai ke Sg. Petani baru dia bangun. Nak bolehkan sampai ke rumah pengantin, seperti biasa dia akan buat stant yang menarik. Baru dapat hobby baru, bergayut dalam kereta. Sambil bergayut sebut "Atasyyy. Atasyyy."
Habis makan kenduri, aku pergi berurut pulak. Nie pun SIL aku yang promote kat aku sebab masa cuti Raya Haji yang lepas, dia berurut dengan akak nie then hilang sakit belakangnya. Aku pulak pantang dengar kalau ada orang yang pandai berurut, sepantas kilat aku nak booking hehehee.
Lama juga aku diurut, ada 2 jam. Satu badan aku digentel-gentel. Superbbbb betul akak tu urut. Ringan badan aku! MIL aku pun join sama. Mula nak urut kakinya yang selalu kejang tapi alang-alang dah jumpa tukang urut yang best, biar urut satu badan. Akak tu siap pesan, kalau lepas nie rasa sakit-sakit badan atau rasa nak demam, makan lah panadol.
Macam biasa, aku yang jadi tukang pilih. So, awal-awal aku dah boleh rasa kenikmatan durian itu walaupun secubit. Kenapa aku yang kena pilih? Sebab aku anak tokeh durian. Alaaaa mak dan ayah aku tiap kali musim durian, kalau ada durian terlebih-terlebih dekat rumah akan dijual. Tokeh kecil-kecilan aja!
RM35.00, seberat 10kg untuk 8 biji durian. Bagi aku dah kira murah juga tu sebab durian-durian tu tangkai masih bergetah. Itu tanda durian baru! So, malam nie kami dinner dengan durian.
Masa tengah bersantap durian, Irdina aku suapkan meehon. Bila tengok semua orang dok suap durian kemulut masing-masing dia pun mintak aku suapkan durian. Aku buat layan tak layan sahaja sebab nak dia alas perut dulu. Bila aku tak layan, dia ambik dan makan sendiri.
Berulas-ulas si kecik tu makan. Sama naik dengan daddy nyer. Geleng kepala biras aku tenguk Irdina makan durian sebab anaknya, si Damia tak berapa makan. Dia kata busuk! Huhuhuhu... busuk. Wangi lah!
Lepas makan, mak aiii aktifnya Irdina. Tak duduk seminit pun. Dok main keluar masuk bilik dengan sepupunya, Damia. Hemmm... aku layan tilam dah. Kesan kena urut petang tadi dah terasa. Sengal-sengal sedikit di tempat yang digentel. Dah adat orang berurut!.
Wokeh, stop dulu... Mau tidur daaaaa
No comments:
Post a Comment