Saturday, 31 December 2011

My New Gardener



Tolong daddy kemas taman
Sejak Irdina lahir, nie lah pertama kalinya daddy mengemas taman together dengannya
Irdina dah 1 tahun 5 bulan
Dah boleh ajak buat sesuatu kerja tu bersama-sama



Sambil siram pokok, sambil main air
Memang favorite dia bermain dengan air
Habis basah kuyup dua beranak!


Wednesday, 14 December 2011

Peperiksaan Akhir Sesi Latihan 2/2011 - Day 4

Day 4 - 14 / 12 / 2011

08.30 pg - 10.30 pg        Pendidikan Moral 3
                                       Pendidikan Moral 1
                                       Pendidikan Islam 1
                                       Pendidikan Islam 3                

                                   
SELESAI!

Tuesday, 13 December 2011

Peperiksaan Akhir Sesi Latihan 2/2011 - Day 3

Day 3 - 13 / 12 / 2011

08.30 pg - 10.30 pg        Matematik Kejuruteraan 3

02.30 ptg - 04.30 ptg     Matematik Kejuruteraan 4
                                   
SELESAI!

Monday, 12 December 2011

Peperiksaan Akhir Sesi Latihan 2/2011 - Day 2

Day 2 - 12 / 12 / 2011

08.30 pg - 10.00 pg        Kertas Teori 2 ~ Teras 3
                                       Kertas Teori 2 ~ Teras 5

11.30 pg - 01.30 thr       Aplikasi Komputer

02.30 ptg - 05.00 ptg     Kertas Teori 2 ~ Teras 4
                                      Kertas Teori 2 ~ Teras 6

SELESAI!

6th Aniversary


I have 3 parts of my heart,
1st 4 my Allah,
2nd 4 my Family,
3rd 4 myFriends.
But no part 4 u,
Becoz,
U - R - My - Heart

HAPPY 6th ANIVERSARY TO BOTH OF US

Sunday, 11 December 2011

Lawat Anak Nangis

Seminggu aku tunggu khabar berita.
Nangis or tak nangis.
Just nak tengok ajer pun susah ooooo

Kata nak call klau semua urusan dah selesai.
Tunggu nyer tunggu sampai hari Sabtu tak ada khabar
Aku meruskan tindakan
Call dan bertanya, esok baru boleh gie tenguk

So, akhirnya aku dapat jugak jenguk anak itu
Alhandulillah dalam keadaan baik-baik sahaja
Lagi 2 minggu, insyallah anakku akan menangis
Tak sabar menunggu saatnya

Saturday, 10 December 2011

Hari Tidur Sedunia

Tak tahulah kenapa hari nie aku mengantuk sungguh
Ada sahaja masa terluang, pasti aku baring sambil menutup mata @ dengan kata lain, TIDUR
Rasa penat sunggu hari nie
Nie mesti penangan banyak makan seafood malam tadi kot!

Sebelah petang, hujan.
Apa lagi, semangat berkobar-kobar aku nak tidur!
Pulak tu, puteri ku, Irdina pun tidur.
So, kami dua beranak tergolek dekat depan tv sambil diulik mimpi

Hubby? Layan internet memanjang.
Dia kata, kami anak beranak lawan berdengkur
Lama kami tidur
Dari 3.30 petang sehingga 7.00 malam

Memang MELAMPAU!!!

Friday, 9 December 2011

Makan @ Flaming Steamboat




Lokasi
Flaming Steamboat, Shah Alam

Tarikh
9 Disember 2011

Masa
8.00 mlm - 11.30 malam

Harga Buffet
 RM 15.90 (Groupon voucher) X 10 org
                     RM 4.00 surcharge (Jumaat, Sabtu & Ahad shj) X 10 org
                     RM 9.90 (Child) X 2 org
                     RM 26.90 (Adult) X 1 org

Jumlah Perbelanjaan : RM 245.90

Flaming Steamboat, Shah Alam

Brunch nie baru sahaja dibuka sebelum puasa tahun ini. Hari-hari aku lalu depan restoran nie sebab laluan aku pergi kerja. Sebelum ni aku pernah pergi brunch yang dekat Sunway. Oleh kerana dah pernah pergi dan kebetulan ada voucher murah, aku pun plan untuk dinner bersama kawan-kawan travel. Aku belikan untuk mereka GROUPON voucher sebanyak 10 keping dan hari selasa lepas aku buat booking.

Telor untuk santapan puteri Irdina

Sambil menunggu yang sesat-sesat sampai, aku dan kak sham sediakan meja. Dari kosong, kami penuhkan dengan pinggan dan mangkuk. Kemudian, kami penuhkan pula meja dengan hasil tangkapan dan tuaian iaitu udang, ketam, tiram, kangkung, cendawan jepun dan macam-macam lagi lah (yang tak tahu nama pun ada). Pernah dengar pepatah nie, " Macam-macam Ada!".

Sebelum direndam

Selepas direndam

Apa-apa hal, aku kenyangkan dulu Irdina. Lepas dia kenyang, bolehlah aku kenyangkan perut aku pulak. Tak tahu nak bagi Irdina makan apa, aku rebus telor untuk dia.

Makan telor sambil main mangkuk

Aku tak banyak makan seafood sebab risau allergic mengujungi aku. So, aku banyak makan cendawan jepun dan dim sum. Rugi betul bawa aku makan seafood steamboat!! (hehhehee)

Cendawan jepun

Nie lah dim sum yang aku belasah tak ingat!

Kusyuk! Tengah kupas udang.

Disebabkan banyak sangat makan atas meja, aku sampai tak tahu nak makan apa. Tenguk udang cantik semacam, aku makan usik lah sikit. Teringat kesedapan tiram, makan lah sikit. Time nie Irdina still under control. Dok sibuk main sudu dan mangkuk nyer.

Tarian tudung periuk

Muka cover-cover ala-ala sopan lah tu. Padahal kelaparan yang amat. Sesat dia orang nak cari tempat nie. Tapi berbaloi-baloi sebab dapat makan dengan banyak sekali. Tak rugi bawa dia orang kalau makan buffet.  Sebenarnya dah lama kami tak makan-makan macam nie. Bulan puasa yang lepas pun tak ada kami berbuka bersama. Kalau tidak, tiap kali ramadhan mesti kami layan makan buffet.

Sayang nak apa? Meh ayang sendukkan.

Makan-makan juga. Melayan suami makan itu dah satu tanggungjawab. Irdina dok lepak dengan Mak Adiknya. Kami berdua layan makanan dengan tenang sekali huhuhuuu.


Makan..makan dan makan

Hubby ku memang tak rugi bawa makan buffet. Orang dah berhenti makan dia masih mengunyah. Menikmati makanan dengan tenang sudah semestinnya!

Nyum nyum

Aiskrim!!! Hemmm tak tahu nak pilih flavour apa. Nak rambang mata aku!. Tapi yang pastinya aku akan cari durian flavour. Nyam.. nyam... Aku bagi Irdina rasa aiskrim tapi dia geleng kepala kata tak mahu. Uihh musykil betul aku. Kalau budak lain, itu yang dikejornya. Uih uih uih (sambil geleng kepala).

Kek birthday

Ada sambutan hari jadi lah pulok.  Murah rezeki kami malam nie. Habis pekena steamboat, kami pekena kek pulak. Sambil pekena kek, kami pekena gosip-gosip hahhahaaaa.

Birthday boy

 Inilah dia birthday boy nyer. Malu-malu bila kami nyanyikan lagu Happy Birhday!. Happy 4th birthday, Zidan!  Cepat masa berlalu. Dah besar anak teruna si Nad. Bila lagi nak tambah yang ke tiga? Ish tanya orang pulak. Awak tu bila nak tambah dua? Hehehehhee

Ketiduran anakku.

Penat menunggu mama bergosip yerk! Kecian anakku. Aku memang dah biasakan dia tidur dalam suasana bising. Bila tenguk Irdina tak selesa tidur dalam stroller, kami ambik keputusan untuk pulang. Nak jam 11.30 malam jugak kami balik.

Apa-apa pun we all having fun makan steamboat together. Kalau ada rezeki, insyallah tahun hadapan boleh arrange lagi. Muaaahhhhh good night!!!

Thursday, 8 December 2011

Flight Booking - Langkawi

Depart
Kuala Lumpur (KUL) to Langkawi (LGK)

Thursday, 27 September 2012
Flight AK 5320

Return
Langkawi (LGK) to Kuala Lumpur (KUL)

Monday, 1 October 2012
Flight AK 5321

Details
KUL - LGKLGK - KULTotal
Fare price0.30 MYR0.30 MYR0.60 MYR
Fare fees and taxes48.00 MYR57.00 MYR105.00 MYR
Regular- up to 15kg25.00 MYR
Regular- up to 15kg25.00 MYR
Regular- up to 15kg25.00 MYR
Other taxes/fees
Processing Fee10.00 MYR
Processing Fee10.00 MYR
Processing Fee10.00 MYR105.00 MYR
Total amount210.60 MYR

Saturday, 3 December 2011

Weekend di Sg. Petani

Hari nie Majlis Sambut Menantu adik kepada adik ipar hubby ku. Aku, hubby, Irdina dan PIL akan menghabiskan weekend nie di Sg. Petani.


Jam 8.00 pagi kami bertolak kesana. Kalau ikutkan, kami merancang nak bertolak jam 6.00 pagi. Inilah dikatakan kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Kami sekeluarga bangun lewat! Irdina merengek-rengek dari jam 1.00 pagi sehingga ke 4.00 pagi (alasan yang munasabah hehhehee).

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan Irdina tak banyak ragam. Bagi dia sarapan telor rebus, minum susu then dalam jam 10 lebih, dia tidur sampai ke Sg. Petani baru dia bangun. Nak bolehkan sampai ke rumah pengantin, seperti biasa dia akan buat stant yang menarik. Baru dapat hobby baru, bergayut dalam kereta. Sambil bergayut sebut "Atasyyy. Atasyyy."

Habis makan kenduri, aku pergi berurut pulak. Nie pun SIL aku yang promote kat aku sebab masa cuti Raya Haji yang lepas, dia berurut dengan akak nie then hilang sakit belakangnya. Aku pulak pantang dengar kalau ada orang yang pandai berurut, sepantas kilat aku nak booking hehehee.

Lama juga aku diurut, ada 2 jam. Satu badan aku digentel-gentel. Superbbbb betul akak tu urut. Ringan badan aku! MIL aku pun join sama. Mula nak urut kakinya yang selalu kejang tapi alang-alang dah jumpa tukang urut yang best, biar urut satu badan. Akak tu siap pesan, kalau lepas nie rasa sakit-sakit badan atau rasa nak demam, makan lah panadol.


Habis berurut, kami pun pulang ke homestay. Jumpa lah pulak trailer jual durian. "Perhh banyaknya durian. Satu trailer!", kata aku. "Jom singgah. Kita makan durian malam nie.", kata MIL. Tersenyum lebar aku sambil menelan air liur. Terus terbayang-bayang kesedapannya.

Macam biasa, aku yang jadi tukang pilih. So, awal-awal aku dah boleh rasa kenikmatan durian itu walaupun secubit. Kenapa aku yang kena pilih? Sebab aku anak tokeh durian. Alaaaa mak dan ayah aku tiap kali musim durian, kalau ada durian terlebih-terlebih dekat rumah akan dijual. Tokeh kecil-kecilan aja!

 RM35.00, seberat 10kg untuk 8 biji durian. Bagi aku dah kira murah juga tu sebab durian-durian tu tangkai masih bergetah. Itu tanda durian baru! So, malam nie kami dinner dengan durian.

Masa tengah bersantap durian, Irdina aku suapkan meehon. Bila tengok semua orang dok suap durian kemulut masing-masing dia pun mintak aku suapkan durian. Aku buat layan tak layan sahaja sebab nak dia alas perut dulu. Bila aku tak layan, dia ambik dan makan sendiri.

Berulas-ulas si kecik tu makan. Sama naik dengan daddy nyer. Geleng kepala biras aku tenguk Irdina makan durian sebab anaknya, si Damia tak berapa makan. Dia kata busuk! Huhuhuhu... busuk. Wangi lah!

Lepas makan, mak aiii aktifnya Irdina. Tak duduk seminit pun. Dok main keluar masuk bilik dengan sepupunya, Damia. Hemmm... aku layan tilam dah. Kesan kena urut petang tadi dah terasa. Sengal-sengal sedikit di tempat yang digentel. Dah adat orang berurut!.

Wokeh, stop dulu... Mau tidur daaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...