Saturday 17 September 2011

Cerita Eman Manan!

Tiba-tiba

Mak : Su, mana "cerita Eman Manan"?
Su : Minggu nie tak adalah mak. Raya.
Aku : ???? "cerita Eman Manan"? Cerita apa?
Su : Hehhee Tahajjud Cinta.
Aku : Ler! Eh, mak pun layan drama tu ker?
Mak : Suka..suka.

Sinopsis Drama Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.
Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut. – Mstar.com.my


Sebenarnya aku pun layan jugak Drama Tahajjud Cinta di Slot Zehra TV3.
Kenapa aku layan drama nie?
Hubby aku cakap sebab ada Remy Ishak. Huhuhaaa.... ada-ada jer dia. (memang minat pun)

Bagi aku daya tarikan adalah kerana drama nie karya dan arahan Erma Fatimah. Pelakon-pelakon pun hebat, Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa, Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor, Melissa Saila dan ramai lagi.

Belum terlambat kalau nak follow drama nie. Boleh tengok kat TONTON.

Jom layannnnn!!!

OST Tahajjud Cinta - Merpati + Lirik Lagu



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...