Friday, 30 September 2011

Admitted To DEMC


26 - 29 September 2011
Fever (also known as pyrexia or controlled hyperthermia)


Ini kali ke-3 Irdina kena tahan wad
Harap-harap dah tak ada lah lepas nie



Bosan tahap gaban lah tu!
Asal celik mata tunjuk pintu, ajak keluar
Nak gie main kat play room

This time,  patient yang demam panas ramai kat wad
MUSIM DEMAM agaknya



1st Time Irdina Drove A Car

Lately cam nie lah Irdina kalau dalam keta
Sibuk nak drive jugak


Kanan pegang steering
Kiri pegang gear knob

Macam lah pandai benar huhuhu



Yuna - Come As You Are






“Come As You Are”
Come as you are, as you were
As I want you to be
As a friend, as a friend
As an old enemy
Take your time, hurry up
The choice is yours, don’t be late
Take a rest as a friend
As an old
Memoria, memoria
Memoria, memoria
Come doused in mud, soaked in bleach
As I want you to be
As a trend, as a friend
As an old
Memoria, memoria
Memoria, memoria
And I swear that I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
Memoria, memoria
Memoria, memoria
(No I don’t have a gun)
And I swear that I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
No I don’t have a gun
Memoria, memoria

Thursday, 29 September 2011

Pendekar Bujang Lepuk Versi 2011 - Belajar Mambang

Hehehehe...
Moh tengok apa yg aku gelakkan



Kelakar kan!! 
Layan banyak kali pun boleh huhuhu


Wednesday, 28 September 2011

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Sedih aku baca article nie.
Rasa nak peluk mak. 
Rasa nak peluk anakku Dhiya Irdina. 

Rasa nak ingatkan adik-adik akan KASIH mak!
Rasa nak sedarkan adik-adik akan PENGORBANAN mak!




Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!


Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba
Diterjemah : FittoFitt

Ovari Polisistik (PCOS)


Aku pengidap PCOS!
Memang benar wanita yang mengalami PCOS sukar untuk hamil

Aku sudah putus asa pada awalnya
Namun, hubby aku beri support dan temankan aku

DIET
JOGGING

Alhadulillah, DIA telah bagi aku rezeki terHEBAT untuk aku & hubby.

♥DHIYA IRDINA♥

Mungkin artikel ini dapat membantu kawan-kawan semua
Tak salah kita mencuba
Ditambah juga dengan tawakal kepada NYA


Metro - Ahad, 25 September 2011

RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.



SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS
Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Apakah punca PCOS?
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :

Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.


Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?
Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

Ubat subur
 Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
 Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan
 Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

Mengenai PCOS
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Masalah jerawat.
  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.
  • Sukar hamil


Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu : 
  • Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
  • Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.
  • In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.

Sunday, 25 September 2011

Demam Gigi!!


Kecian anak mama, Dhiya Irdina.
Demam!!!

Gigi yang ke 8, 9, 10 dan 11 nak tumbuh
Huyoo!! Banyak nyer!!!

Masa raya Aidilfitri baru-baru nie Irdina dah demam sebab gigi garham atas (yg ke 8 & 9) tumbuh.
Belum sempat garham tumbuh semua, gigi kacip bawah (yg ke 10) tumbuh pulak.
Tapi belum sempat gigi garham & kacip nak tumbuh, gigi garham bawah (yg ke 11) pulak tumbuh.

Itu pun aku tak skodeng habis garham bawah.
Entah-entah ada gigi yg ke 12!!!

Dulu-dulu masa aku nak tumbuh gigi garham bongsu (tumbuh tak serentak) demam & tak boleh nak makan.
Apatah lagi seorang bayi yang baru umur 1T2B yang 3 gigi garham & satu gigi kacip tumbuh serentak.

Dah 2 malam Irdina merengek-rengek
Tidur atas bahu @ nak di pangku

Kuatkan semangat wahai anakku
Mama & Daddy sentiasa disamping mu!!


Tips - Cara membantu bayi yang tumbuh gigi

• Beri dia banyak minum untuk menggantikan cairan yang hilang karana banyak air liur yg meleleh.
• Memberinya teether untuk digigit (yang dapat didinginkan di peti ais lebih baik).
• Ada ibu yg berjumpa doktor menyarankan memberikan anak-anak seperti parasetamol.
• Sapukan krim pencegah ruam ke dagu, leher dan dadanya untuk mencegah iritasi kulit di daerah yang terkena liur.
• Alihkan perhatiannya dengan banyak pelukan atau mainan.

Saturday, 24 September 2011

Rahsia Bentuk Hujung Gincu / Lipstick


Sebelum baca lebih lanjut, sila tenguk @ ingat bentuk gincu korang. Bentuk gincu pun boleh tafsir peribadi? Huhu.. tak tahulah betul atau tidak. Baca boleh, percaya jangan!



Tirus tajam: hal ini menunjukkan anda seorang gadis yang berani, lincah dan agresif. Anda lebih dikenali sebagai gadis yang bebas, tidak suka dikongkong dan sentiasa hendak keluar dari kepompong. Anda juga berani menyahut cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kadang-kadang anda agak keterlaluan. Maka berhati-hatilah dalam setiap tindak tanduk anda. Jangan sampai orang di sekeliling anda merasa meluat dengan anda. Tidak salah untuk berani tetapi biar berpada-pada dan kena pada tempatnya.

Rata: bentuk yang rata dan mendatar pada hujung gincu menunjukkan anda seorang gadis yang tenang dan tidak suka pada keadaan yang kelam kabut. Anda juga seorang yang low profile. Bagaimanapun, anda juga haruslah berusaha untuk mengubah sikap dan penampilan anda. Bimbang jika terdapat diantara rakan anda yang mengatakan anda seorang yang lambat, terhegeh-hegeh dan beku!


Bujur: jika bentuk hujung gincu anda bujur, kononnya anda seorang gadis yang ideal dan menjadi idaman ramai lelaki. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bentuk hujung gincu yang bujur ini sexy. Semua orang mudah bersahabat dengan anda kerana sikap anda yang sentiasa ceria dan happy go lucky. Biarpun anda sentiasa sibuk dengan kerja anda, namun anda masih lagi ceria. Ini akan menaikkan semangat anda dan orang disekeliling anda. Maka, terus kekalkan sikap positif anda ini.

Tajam dan condong: anda seorang yang cerewet dan terlalu berhati-hati. Anda sering melakukan hal anda sendiri dan tidak menghiraukan keadaan di sekeliling anda. Anda tidak suka bergosip apatah lagi mengumpat teman-teman anda. Bagus!!!Kekalkan sikap baik anda ini kerana ianya akan menjaga hubungan anda dengan teman-teman anda tetapi lebih baik jika anda mengubah sikap anda yang pendiam dan menyendiri itu. Bimbang anda akan dituduh anti sosiaal dan kera sumbang.


Melengkung ke dalam: hmm…hati-hati dengan sikap anda. Hujung gincu melengkung kedalam ini melambangkan anda seorang yang rakus, gelojoh dan tidak sabar!! Bayangkan bentuk gincu anda melengkung ke dalam kerana anda selalu tergopoh gapah ketika menyapunya ke bibir. Anda menonyoh gincu itu sekuat hati sehingga bentuknya berubah melengkung kedalam. Anda juga mungkin seorangy banyak mulut(mulut murai),suka bergossip dan merasa tidak senang jika ada insan yang melebihi anda. Anda sentiasa mahu menjadi yang teratas dan sanggup berbuat apa sahaja untuk berjaya walaupun terpaksa menggunakan cara singkat dan kotor. Bagus sikap anda yang gigih berusaha itu tetapi mestilah mengunakan jalan yang betul dan diredhai. Ubahlah sikap anda.


Friday, 23 September 2011

Aku Generasi Mana?


Masa kursus, penceramah aku bercerita mengenai Generasi X, Y dan Z. Apa tu? Uihh teruk nyer aku nie!. Itu pun tak tahu. Memandangkan maklumat dihujung jari sahaja sekarang nie, balik rumah aku pun Google.

Aku dapat maklumat nie dari blog khairulabdullah.com. Bagi yang tak tahu macam aku, teruskan membaca. Bagi yang dah tahu nak teruskan membaca pun boleh juga.  



Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
Pre Baby Boom
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.
The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. 
Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.
The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) - GEN X
Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. 
Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.
The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) - GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.
Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z
Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 13 tahun.

" AKU GENERASI X " (wuhuuuu dah tahu!!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...