Tuesday, 25 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Galeria Time Tunnel

Lokasi seterusnya adalah Galeria Time Tunnel, sebuah muzium tempatan yang penuh dengan barangan lama untuk mengimbau kembali segala kenangan manis sewaktu membesar. Galeria ini antara tempat yang harus dikunjungi. Jarak lebih kurang 1km sahaja dari pekan Brinchang.

Terowong Masa

Dengan kadar bayaran RM5.00 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3.00, meluangkan masa menjengah ke Galeria Time Tunnel yang terletak di Jalan Sungai Burung, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang adalah sangat bermakna.  Sedar tidak sedar telah membuat aku tersenyum sendirian melihat barangan lama, suatu masa dahulu tak pernah aku ambil peduli.

Masih ingat mainan ini?

 
Gula-gula

 
Warna apakah kamu mahu? Ingat?

 
Kad laporan

Kad pengenalan lama

Terdapat juga barangan yang tidak pernah 'sempat' dengan aku. Atau aku terlalu kecil untuk menyedari kehadiran mereka. Hemm... nampaknya selepas ini terpaksa menyelongkar gambar-gambar lama semasa kecil dahulu.  

Cute, baby walker

Mesin kira


  
Ubat nyamuk dan dacing

Berfikir sejenak aku dibuatnya. Memikirkan, pernahkah aku guna barangan tersebut. Bersungguh-sungguh aku mengimbau kenangan lama. Seronok jugak!

Kasut sekolah

Jam dan telefon lama

Dulu DARKIE, kini DARLIE

Suis lama

Kini banyak digunakan di Kopitiam

Ahh sempat guna tv nie

Basikal

 
Mahu bikin rambut?

Mahu gunting rambut?

Horlick, Milo dan Ovaltine

 
Abadikan kenangan bersama Terowong Masa

Thursday, 13 June 2013

Cameron Highland Aku Datang! - Taman Agro Teknologi MARDI

Adui, pening kepala!! Perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata sungguh mencabar, bengkang bengkok di sana sini.  Namun demi menyampaikan hajat yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Cameron Highland, aku tahankan juga.

Lokasi pertama aku adalah Taman Agro Teknologi MARDI yang berada di Tanah Rata, Cameron Highland.  Kalau berkunjung ke sini, kira dah boleh cover semua tempat di Cameron Highland. Kenapa??   Cuba tenguk peta Taman Agro Teknologi MARDi di bawah nie.

Peta Taman Agro Mardi

Semua ada! Hehehe macam iklan astro lah pulak. Maksud aku semua ada adalah kerana dalam satu tempat sahaja boleh tengok kebun strawberi, kebun sayur-sayuran, kebun bunga-bungaan, kebun anggur, kebun asparagus, kebun epal, taman herba dan juga ladang teh.  Semua dah lengkap, bukan?  Tak perlu banyak cakap, moh layan picture.




  
 









Ladang Teh


Pokok Epal


Juraian tomato

 
Our Happy Family



Ini sedikit informasi bayaran masuk dan waktu operasi Taman Agro Teknologi MARDI, Tanah Rata, Cameron Highland.  Berpatutan dan berbaloi, bukan?

BAYARAN MASUK:
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak : Rm3.00

MASA OPERASI:
Isnin - Khamis
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
8.00 pg - 12.45 tghr, 2.30 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Ahad
8.00 pg - 5.00 ptg

Cameron Highland Aku Datang! - Crown Imperial Court

Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke CAMERON HIGHLAND pada 26 & 27 Jun 2013.  First time nie tau. Harus percaya!!!  Hubby aku pun tak percaya aku tak pernah datang ke sini. Betul aku tak tipu :-)




Aku menginap di Crown Imperial Court.  Apartment nie ada tiga bilik.  Boleh muat untuk tujuh orang.  Aku beli voucher dari LivingSocial dengan harga RM190/=.  Erm... murah kan. Tapi memandangkan aku buat booking masa cuti sekolah, aku perlu tambah RM90/=.  Jadi, jumlah keseluruhan penginapan adalan RM280/=.


Apartment yang aku sewa lengkap dengan 4 katil queen, 1 tilam queen, kelengkapan dapur, sofa, tv bersiaran astro dan water heater. Cantik??? Biasa-biasa sahaja. Tapi yang penting BERSIH. Picture tak ada sebab lupa nak snap

Lokasi Crown Imperial Court nie berhampiran dengan pam minyak Petronas dan Pasar Malam Brinchang. Untuk mengelakkan kesukaran mendapat parking, boleh berjalan kaki sahaja ke pasar malam.  Cuma letih sedikit kerana perlu naik dan turun bukit. Ok apa letih berjalan daripada letih mencari parking yang belum tentu ada, right!

Masa aku nak check out, aku ada nampak banner mempromosi apartment masing-masing. Kalau ada yang berminat untuk sewa apartment di Cameron Highland lebih-lebih lagi di Crown Imperial Court, boleh menghubungi nombor-nombor seperti dibawah.


RASHI - 019 5767258 (yang ni cantik)
IETA - 019 2740747 (owner melayu)
HOLIDAY APARTMENT - 0172982881

So, boleh lah cuba call nombor-nombor tersebut.  Tapi harus ingat, aku bukan agent mereka yaaaa. Just kongsi info untuk kesenangan bersama.





Tuesday, 9 October 2012

Langkawi 2012 - Pulau Payar


Akhirnya!!! Dah lama bercita-cita nak ke Pulau Payar. Kenapa? Sebabnya aku nak snorkeling bersama-sama ikan yu. Hahhahaa tu dia!!!!

Pulau Payar nie terletak di perairan negeri Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala KedahPulau Langkawi atau Pulau Pinang. Kalau menaiki feri dari Pulau Langkawi, tak sampai 1 jam dah boleh sampai ke Pulau Payar. Feri ke sana besar juga dan insyallah tak mudah untuk mabuk. 

Biasanya sesapa nak ke Pulau Payar akan ambik pakej. Harga pakej yang aku dapat adalah RM85.00 seorang termasuk makan tengahari dan peralatan snorkeling. Ini dah habis murah pakej yang aku boleh dapatkan di atas usaha dok usha forum dan blog. 

So, kepada sesiapa yang berminat or rasa murah pakej Pulau Payar yang aku dapat nie sila ke AB MARINE & WATERSPORT, bersebelahan AB Motel di Pantai Chenang @ menghubungi 04-9551037.

Fish ooo Fish

Airnya tidak sejernih mana. Mungkin terlalu ramai orang di sekitar kami. Ikan, alhamdulillah banyak. Tak perlu pergi ke tempat dalam sudah boleh bermaian-main dengan ikan.  Yang paling aku teruja, anak ikan yu berenang-renang di persisiran pantai. Memang banyak! Walaupun aku tahu anak ikan Yu itu tak akan cederakan aku, tapi tiba-tiba aku cuak. Ikan yu, ok!!!

Anak Ikan Yu

Kami dinasihatkan agar tidak memberi makan ikan-ikan kerana dikuatiri ibu/bapa ikan yu menyangka kita menyakiti anaknya. Nanti sia-sia sahaja kena baham dek ikan yu.


Ketam batu di celah batu


Licin!

Tengahari kami dibekalkan dengan luch pack yang berisi nasi goreng, keropok, sosej, kek, epal dan sebotol air mineral. Rasanya boleh lah. Kalau dah lapar semuanya sodaaappp! Juga dinasihatkan bawalah bekalan tambahan. Dekat sana tak ada kedai makan @ restoran yerk. 

Juga bekalan air bersih tidak ada di sana. Tandas disediakan dengan air masin sahaja. Boleh lah untuk dibuat mencuci dimasa terdesak. Kalau hendak di buat membilas badan selepas bermandi pantai sudah pasti tak ada maknanya!

Kusyuk melihat ikan dari atas gazebo


MIL & me

Seharian kami dengan aktiviti ini. Bus datang ambil kami di lobby hotel ke Jeti Kuah pada jam 9.00 pagi. Kami menaiki feri ke Pulau Payar pada jam 11.00 pagi. Lebih kurang jam 12.00 kami sampai di Pulau Payar dan ber snorkeling sehingga 3.30 petang, 4.00 petang menaiki feri ke Jeti Kuah and finally 6.00 petang kami sampai ke hotel semula. Perghhhhh..... lama sungguh masa diperuntukkan!

Conclusion yang boleh aku buat cukuplah sekali aku jejakkan kaki kesana. Bagi aku, permandangan dan keindahan disana adalah biasa-biasa sahaja. Cuma yang luar biasa adalah IKAN YU hehhehee. Maybe aku pernah menikmati keindahan alam yang lebih cantik di Pulau Redang!  Apa-apa pun aku bersyukur kena berpeluang menjejakkan kaki ke sana dan menyempurnakan jelajahan aku di Langkawi. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...